logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SABAH, 9 Jun 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sumbangan sebanyak 3 buah Top Loading Fridge (TLF) sumbangan Tabung Kemanusiaan Media Prima–NSTP dalam majlis ringkas yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Tawau pada petang semalam.

TLF tersebut yang dapat mengekalkan suhu penyimpanan vaksin COVID-19 pada julat 2 hingga 8 darjah celsius akan diagihkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ATM iaitu di B Kompeni 1 Batalion Perubatan Kem Lok Kawi , Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) Lahad Datu dan Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) KD Sri Sandakan.

ATM yang diwakili oleh Pegawai Memerintah 93 Depot Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera, Kolonel Mohd Adlan bin Adnan berharap sumbangan yang diterima ini dapat membantu ATM meningkatkan keupayaan dan kemampuan penyimpanan serta pemberian vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).