logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 9 Jun 2021 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) terus melaksanakan tugas sekundernya melalui gerak kerja persiapan menyediakan Hospital Medan ATM di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (HSAJB) yang bermula semalam. Hospital Medan ATM ini akan berfungsi sebagai fasiliti tambahan dalam memberi rawatan kepada pesakit COVID-19 bagi kategori 4 dan 5 terutama dari daerah Johor Bahru dan daerah berhampiran.

Ini merupakan kerjasama yang diberikan oleh ATM kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), NADMA dan Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Hospital Medan ATM di HSAJB ini dijangka beroperasi sepenuhnya pada 17 Jun 2021 dan diletakkan di bawah saluran pemerintahan Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged). Seramai 3 Pegawai dan 30 anggota Lain-lain Pangkat(LLP) dari pasukan Batalion Ke-2 Perubatan (2 Bn Ubat) yang berpengkalan di Kem Mahkota, Kluang, Johor akan ditugaskan dalam membantu pengoperasian hospital berkenaan.

Sebelum ini ATM telah membina dua Hospital Medan masing-masing di Kompleks Sukan Tawau, Sabah dan Dewan Masyarakat Melayu Kapit, Sarawak untuk rawatan pesakit bukan COVID-19, Makeshift Treatment Centre di Penjara Pokok Sena, Kedah bagi merawat pesakit COVID-19 termasuk menempatkan pesakit dari penjara di sekitar Kedah dan terbaharu adalah Unit Rawatan Rapi (ICU) Medan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.