logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Misi Kemanusiaan dari Malaysia ke Filipina bagi membantu rakyat Filipina yang telah dilanda Taufan Haiyan telah selamat berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 13 Nov 13 jam 0830 pagi. Sebanyak dua pesawat TUDM jenis C130 telah diaturgerakkan bagi membawa bantuan keperluan harian, makanan, peralatan perubatan dan ubat-ubatan.

Misi tersebut turut membawa seramai 20 orang warga ATM yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan anggota paramedik, 20 orang anggota SMART, serta 40 orang sukarelawan dari Kelab Putera 1 Malaysia bagi mengagihkan sumbangan serta memberi bantuan kepada rakyat Filipina yang sangat memerlukan bantuan pada masa ini.

Turut hadir bagi melepaskan rombongan tersebut adalah YB Timbalan Menteri Luar, YBhg Ketua Staf Markas ATM serta Pegawai Kanan ATM. Misi tersebut dijangka tiba di Lapangan Terbang Tacloban, Filipina pada petang ini.