logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

20 Dis 2013 - Bersempena persaraan beliau, YM Mej Jen Dato' Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato' Seri Paduka Haji Abidin, Pemerintah Angkatan Bersenjata DiRaja Brunei (ABDB), telah melakukan Kunjungan Hormat ke atas YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera pagi ini.

Ketibaan Pemerintah ABDB di perkarangan Wisma Pertahanan telah disambut Panglima Angkatan Tentera dan Pegawai-pegawai Kanan ATM. Ianya disusuli dengan Pemerintah ABDB menerima Tabik Hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) sebelum ke Ruang Perkasa untuk Kunjungan Hormat.

Pertemuan selama 30 minit di Ruang Perkasa berakhir dengan pertukaran cendera kenangan dan diikuti dengan Pemerintah ABDB melakukan Review ke atas KKU sebelum bertolak balik ke Brunei. Seluruh warga ATM mengucapkan Selamat Bersara kepada YM Mej Jen Dato' Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato' Seri Paduka Haji Abidin.