Defence Attache France, Captain (N) Pierre Mesnier telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Staf Markas ATM, Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin. Kunjungan hormat tersebut telah diadakan pada 16 Jul 13 bertempat di Pejabat Ketua Staf Markas ATM, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Kunjungan hormat tersebut bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim dan memperkukuhkan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Perancis.