logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Bersempena perayaan sambutan Hari ATM ke-80, salah satu aktiviti yang telah diadakan ialah Majlis Meraikan Anggota dan Bekas Anggota Cedera di peringkat pusat. Seramai 65 warga dan bekas warga ATM yang tercedera bersama-sama waris telah diraikan dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Dewan Dato' Jamil Ahmad, Kem Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 4 November 2013.

YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin yang diiringi YBhg Puan Sri Datin Sri Umi Kalsom Bte Wan Awang bersama-sama Pegawai-pegawai Kanan ATM beserta isteri telah turun padang bagi menghargai jasa mereka demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

ATM, melalui Tabung Kebajikan turut memberi sumbangan kepada mereka dan telah disampaikan oleh YBhg Panglima Angkatan Tentera. Sebaik sahaja majlis bermula, YBhg Panglima Angkatan Tentera telah ke setiap meja untuk menyapa dan mendekati mereka yang diraikan, bertanyakan khabar dan sebarang masalah yang masih dihadapi mereka agar pihak ATM dapat membantu dalam meringankan masalah mereka.

ATM tetap akan menjaga kebajikan warganya serta bekas warga ATM demi mengenangkan jasa bakti mereka dalam melaksanakan amanah mempertahankan negara dari sebarang ancaman.