Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah turut serta dalam Karnival Kerjaya Agrobelia 2013 yang telah diadakan pada 26 Okt dan 27 Okt 13 bertempat di Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sebanyak 4 booth pameran kerjaya dan promosi telah diadakan oleh ATM yang melibatkan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia serta Cawangan Tenaga Kerja.