logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berkerjasama sepenuhnya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan menjelang separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 di antara ATM dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Okt ini. Berikut kenyataan yang diberikan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera semasa sidang media yang telah diadakan pada 16 Okt 13 bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Sidang media tersebut telah diadakan selepas perbincangan di antara Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), PDRM dan Majlis Perbandaran Selayang bagi memaksimumkan kawalan keselamatan di stadium tersebut.

Warga ATM turut dijemput hadir bagi sama-sama menyokong pasukan ATM pada perlawanan tersebut nanti. Tiket bagi warga ATM akan dijual di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur mulai jam 9 pagi pada 18 Okt 13 dan warga ATM tidak dibenarkan membeli tiket di kaunter stadium kerana tiket tersebut dikhaskan bagi orang awam dan penyokong pasukan Kelantan.

Penyokong pasukan ATM juga digesa agar mempamerkan tahap disiplin yang tertinggi serta tidak terlibat atau membuat sebarang kekecohan semasa perlawanan tersebut berlangsung.