logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Semangat juang yang tinggi menjulang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merangkul Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama dengan menundukkan juara tiga trofi musim lalu, Kelantan di Stadium Shah Alam malam tadi, 5 Jan 13 melalui penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 pada 90 minit permainan. Ketika permainan hanya berbaki lima minit, pertahanan ATM, Irwan Fadzly Idrus muncul wira The Gladiators dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan bebas dari jarak 25 meter. Jaringan itu memadamkan gol Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-55, sekali gus mengheret pemenang ditentukan menerusi penalti.

Di hadapan 40,000 penonton, Daudsu Jamaluddin menjadi watak kepada kegagalan Kelantan apabila gagal dalam penalti terakhir. Kesempatan itu diambil oleh Bruno Martelotto yang menyempurnakan sepakan untuk mengesahkan kemenangan ATM. Kemenangan malam tadi memastikan dendam kekalahan ATM pada perlawanan akhir Piala Malaysia kepada Kelantan tahun lalu akhirnya terbalas. Sebelum sepakan Martelotto, Rizal Fahmi Rosid dari Kelantan dan pemain ATM, R. Surendran masing-masing gagal pada sepakan keempat, selepas tiga sepakan awal dapat disempurnakan oleh kedua-dua pasukan.

ATM wajar diangkat sebagai pemenang kerana mempamerkan permainan yang lebih kemas dan teratur berbanding Kelantan, yang tampak belum panas serta mempamerkan aksi yang perlahan sepanjang 90 minit perlawanan. Bertambah manis, Irwan Fadzly turut dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan kerana bukan sahaja menjadi penjaring gol ATM tetapi menafikan sekurang-kurangnya dua percubaan terbaik Kelantan. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak ATM. Selamat maju jaya!!