logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Op Murni yang dilancarkan pada 2 dis 13 terus memperlihatkan ATM menggunakan pelbagai cara dan inisiatif dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Selatan tanah air. Bekalan air dan makanan tidak putus dihantar ke kawasan terlibat bagi memastikan rakyat yang menghadapi musibah diberi pertolongan dan bantuan sewajarnya.

Ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM terus menggerakkan aset dan anggotanya dalam usaha membantu pihak berkuasa dalam memastikan mangsa bencana banjir diberi perlindungan dan bantuan yang diperlukan. Beberapa agensi, syarikat swasta dan NGO juga telah tampil memberi bantuan dari semua aspek.

Pagi ini telah dilancarkan acara Flagging Off bantuan air minuman yang disempurnakan Pengarah Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail yang turut dihadiri Pegawai-pegawai Kanan dan warga ATM yang turut terlibat secara langsung dalam memastikan bekalan air minuman dibawa ke Pusat-pusat Operasi Banjir Negeri untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir dalam masa terdekat ini.

Sebahagian daripada anggota yang akan terlibat melaksanakan penghantaran bekalan air kepada mangsa banjir.