Program Derma Darah anjuran Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA), Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena Hari Ulang Tahun BPA Ke-54 telah diadakan pada 14 Feb 13 bertempat di Masjid Khalid AL-Walid, KEMENTAH, Kuala Lumpur. Program tersebut yang diadakan dengan kerjasama dari pihak Pusat Darah Negara telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dari pegawai dan anggota ATM serta kakitangan awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan.