logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 14 Mac 23 - Karnival Semarak Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Rashidi bin Bujai, di Masjid Khalid bin Al-Walid (MKWK) KEMENTAH, hari ini. Karnival Semarak Al-Quran yang turut dibuka untuk kehadiran orang ramai selama empat (4) hari mulai 14 hingga 17 Mac 2023 ini adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan di bawah Pelan Pengimarahan MKWK. Objektif utama dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga ATM khususnya dan masyarakat kariah setempat amnya tentang kepentingan mempelajari dan membaca Al-Quran di samping menyemarakkan Al-Quran ke dalam diri setiap muslim dengan mengambil pengajaran dan kembali menginsafi serta beriltizam memasang pengharapan yang tinggi kepada Allah S.W.T sebagai perkara utama di dalam kehidupan setiap individu muslim.

Selain itu, karnival ini juga merupakan antara usaha peningkatan dan pemerkasaan kerohanian warga muslim ATM sempena melangkah masuk ke bulan Ramadan melalui pengisian majlis ilmu di samping mempromosikan masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam dengan menghidupkan kembali peranannya dengan pelbagai aktiviti keagamaan kerana institusi ini telah terbukti membawa umat Islam ke puncak peradaban teragung pada suatu ketika dahulu. Antara antiviti yang disediakan adalah Program Al-Quran Bersanad, Program Tagging & Journaling Al-Quran, Forum Isu Palestin & Syria, Daurah Kitab, Motivasi al-Quran, Ceramah Kecantikan Muslimah, Klinik Kaunseling Al-Ghazali, Perubatan Islam, Perubatan Bekam, Pemeriksaan Kesihatan, Sukan Memanah, Khidmat Pusat Pungutan Zakat dan banyak lagi. Karnival ini turut dimeriahkan dengan penglibatan agensi-agensi luar dalam menjayakan hasrat dan matlamat utama penganjuran karnival. Antara agensi yang turut serta dalam karnival ini adalah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Muamalat, Koperasi Tentera, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pacu Resources Sdn Bhd, Tabung Haji, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MyFundAction, Aman Palestin, MAPIM, Pujangga Baru, Telaga Biru, dan lain-lain lagi.

Penganjuran Karnival Semarak Al-Quran ini diharapkan dapat melahirkan warga ATM dan masyarakat setempat yang berketerampilan seiring dengan akhlak al-Quran. Pada masa yang sama adalah diharapkan dapat memantapkan fungsi tradisi masjid sebagai one stop centre yang bukan sahaja sebagai pusat pembangunan ilmu pengetahuan malah sebagai medium pencetus ummah dalam menyebarkan dakwah Islam serta menarik minat semua lapisan masyarakat untuk berjemaah dan mendekatkan diri dengan masjid.

Lihat Galeri Gambar