logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 9 Mac 22 – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS MATM), Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad telah melakukan lawatan kerja beliau ke Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), hari ini. Ketibaan KS MATM telah disambut oleh Ketua Pengarah BSEP, Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin bersama Pegawai-pegawai kanan yang bertugas di bawah naungan bahagian tersebut. Ketua Staf MATM seterusnya telah diberi taklimat khusus oleh Ketua Pengarah BSEP mengenai peranan dan fungsi yang dilaksanakan oleh bahagian ini secara holistik sebagai pemakluman kepada beliau sejak memegang jawatan sebagai Ketua Staf Markas ATM pada 27 Okt 2022 yang lalu.

Dalam rangka lawatan ini juga, beliau turut berpeluang melihat dan meninjau beberapa peralatan khas yang digunapakai oleh bahagian ini bagi memenuhi tuntutan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Lawatan ulung beliau ini telah diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan.

Lihat Galeri Gambar