logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 26 Okt 2022 - Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas ATM telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, hari ini.
Majlis serah terima tugas ini telah menyaksikan Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad (Penerima) telah mengambil alih tugas sebagai Ketua Staf Markas ATM daripada Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi (Penyerah) yang akan menamatkan perkhidmatan beliau dalam ATM tidak lama lagi.
Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir menyaksikan upacara yang penuh bersejarah ini bersama Panglima-panglima Perkhidmatan dan Pegawai Kanan ATM yang lain.
Seluruh warga ATM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad di atas perlantikan sebagai Ketua Staf Markas ATM ke-19.

Lihat Galeri Gambar