logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kota Kinabalu, 13 Oktober 2022 - Hari ini bertempat di Stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany serta barisan kepimpinan Jawatankuasa Laksamana (JLAKS) TLDM telah menyaksikan latihan keupayaan dan kompetensi melibatkan Pasukan Khas Laut (PASKAL).
Pasukan elit berkenaan telah mempamerkan ketangkasan mereka dalam suatu misi penyusupan yang turut memperlihatkan kecekapan mereka dalam memastikan misi yang diberi mencapai objektif yang ditetapkan. Latihan ini adalah bersempena dengan Eksesais KERISMAS 27/2022 (Eks KERISMAS 27/2022) yang dilaksanakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) serta perairan Laut China Selatan dari 3 hingga 23 Oktober 2022. Panglima Angkatan Tentera turut ditaklimatkan dengan latihan melibatkan penyatuan Naval Gunfire Support (NGS) dan Air Defence Exercise (ADEX). Sempena kehadiran Panglima Angkatan Tentera di kawasan Eks KERISMAS ini juga turut dilaksanakan adalah Shooting Master yang diadakan di Kompleks Menembak Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Lihat Galeri Gambar