logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 Nov 2020 - Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi telah membuat kunjungan hormat pengenalan ke atas Panglima Perkhidmatan TUDM & TLDM. Kunjungan telah dimulakan ke atas Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM yang berlangsung di pejabat Panglima Tentera Udara disusuli dengan kunjungan ke atas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany di pejabat rasmi PTL. Kedua-dua kunjungan ini adalah bersempena perlantikan beliau sebagai Ketua Staf Markas ATM yang baharu sejak mengambil alih jawatan tersebut pada 18 Nov yang lalu.