logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 September 2022 - Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi telah menerima kunjungan hormat oleh
Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional(PUSPAHANAS), Laksamana Madya Dato' Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah bertempat di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan tersebut adalah bersempena persaraan Laksamana Madya Dato' Pahlawan Syed Zahrul Putra bin Syed Abdullah yang akan menamatkan perkhidmatan berkuatkuasa 7 Oktober 2022 setelah berkhidmat selama 38 tahun 8 bulan 21 hari di dalam Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Laut Diraja Malaysia khasnya.
Seluruh warga ATM merakamkan setinggi penghargaan di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan Yang Berbahagia Dato' dalam perkhidmatan dan semoga terus maju jaya dalam menempuh kehidupan seterusnya.
Selamat bersara diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato'.

 Lihat Galeri Gambar