logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 - Nadwah Islamiah atau NAIM merupakan kolokium ilmiah yang dianjurkan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) yang melibatkan penyertaan dari Pegawai Kanan ATM dan turut disertai oleh wakil daripada agensi-agensi keselamatan dan awam termasuk dari Negara Brunei Darussalam. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan upacara pembukaan NAIM 2022 pada kali ini yang diadakan di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Kuala Lumpur. NAIM 2022 akan dilaksanakan selama 3 hari dengan pengisian kefahaman dan kemahiran spiritual berasaskan ajaran islam yang bertujuan untuk membina kualiti kepimpinan peribadi disamping mengeratkan ikatan ukhuwwah islamiyyah dalam kalangan peserta.
Membawa tema ‘Kepimpinan Berpandukan Qalbu’ atau ‘Qalb Guided Leadership’, penganjuran NAIM pada kali ini bakal memanfaatkan pengisiannya menerusi sokongan dan kerjasama tenaga mahir daripada Tim Pusat Penyelidikan Mizan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Turut serta semasa upacara pembukaan ini adalah Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Rektor UIAM, YBhg Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli bin Abd Razak merangkap penasihat Pusat Penyelidikan Mizan serta Pegawai-pegawai Kanan dari USIM yang lain.
Semoga NAIM 2022 ini akan dapat mencapai objektif yang disasarkan selain memberi manfaat kepada seluruh peserta yang boleh memberi impak kepada pengembangan ilmu khususnya dalam bidang kepimpinan islam.

 Lihat Galeri Gambar