logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 18 September 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM telah dianugerahkan sebagai 'OP of The Year' dalam satu Majlis Makan Malam Tahunan dan Jubli Emas Persatuan Bekas Putera Maktab Tentera Diraja (MTD) Old Putera Association (OPA) 2022 yang telah diadakan di Grand Ballroom Hotel Shangri-La semalam. Majlis yang juga dihadiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin sebagai bekas Putera MTD turut dihadiri 800 bekas Putera MTD yang lain bersama pasangan. Mereka yang hadir antaranya terdiri daripada pegawai kanan yang masih berkhidmat dalam ATM, sektor awam dan juga swasta serta yang telah bersara.
Di majlis ini juga, anugerah khas turut diberikan kepada bekas Putera yang mengetuai pucuk pimpinan agensi keselamatan Negara antaranya Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang sendiri yang merupakan OP 78, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain (OP 78), Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany (OP 79), mantan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Akcbal bin Haji Abdul Samad (OP 78) dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana (M) Datuk Mohd Zubil bin Mat Som (0P 79).

 Lihat Galeri Gambar