logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

BANGI, 10 September 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah mengiringi Kebawah Duli Yang Amat Maha Mulia (KDYMM) Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan untuk bercemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) ke-40 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM, Bangi pada pagi ini.
Istiadat pada pagi ini dimulakan oleh Perbarisan di Daratan Gemilang melibatkan 1,625 orang Pegawai Kadet PALAPES daripada 19 UA seluruh Malaysia yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK) Muhammad Badrul Amin bin Amanti dari PALAPES Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta penyampaian Anugerah Pedang Kehormat kepada 34 orang Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan dari setiap UA.
Selesai istiadat Perbarisan, KDYMM Pemangku Raja Pahang turut berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada mereka yang terdiri daripada 1,024 orang Pegawai Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 277 orang Pegawai Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 324 orang Pegawai Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira serta penyerahan skrol ikrar oleh Pegawai Muda yang baru ditauliahkan.
Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam ke-40 merupakan istiadat yang diadakan secara tahunan dan dianjurkan oleh UA di seluruh Malaysia mengikut penggiliran. Walau bagaimanapun, istiadat ini tidak tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021 akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Turut hadir pada istiadat pagi ini adalah Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Panglima-panglima Perkhidmatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (KSU), YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz dan Naib Canselor (NC) UKM, YBhg. Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, serta Pegawai-Pegawai Kanan ATM termasuk Pegawai Universiti Awam lain.

 Lihat Galeri Gambar