logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato Sri’ Hj Affendi bin Buang TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Mantan Ketua Staf Markas Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Hj Subari bin Hj Tomo bertempat di pejabat rasmi beliau pada 15 Ogos 2022 yang lalu.
Kunjungan tersebut adalah bersempena persaraan Leftenan Jeneral Dato' Hj Subari bin Hj Tomo yang akan bersara dari perkhidmatan setelah menabur bakti selama 42 tahun 4 bulan di dalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia khususnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya pada 3 November 2022.
Seluruh warga ATM merakamkan setinggi penghargaan di atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan dan semoga terus maju jaya dalam menempuh kehidupan seterusnya. Selamat bersara diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato'.
Pertemuan tersebut telah diakhiri dengan menandatangani buku lawatan oleh Mantan Ketua Staf Markas Tentera Darat dan penyerahan cenderahati.

 Lihat Galeri Gambar