logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 27 November 2020 - Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi telah membuat lawatan ulungnya ke Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) Angkatan Tentera Malaysia di Jalan Tekpi hari ini. Acara dimulakan dengan penyampaian taklimat eksekutif mengenai peranan organisasi BPK oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Md. Amin bin Muslan.

Sejurus selesai taklimat, acara diteruskan dengan tinjauan di sekitar kompleks Bahagian Perkhidmatan Kesihatan yang turut diiringi bersama oleh Pengarah-pengarah dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dan diakhiri dengan sesi menandatangi buku lawatan.