logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan berangkat menunaikan solat jumaat yang diadakan di Masjid Khalid Al-Walid, hari ini.
Bersempena sambutan Hari Pahlawan 2022 yang akan disambut pada 31 Julai 2022 ini, Khutbah Khas bertajuk "SEGAGAH KHALID AL-WALID" telah dibacakan di seluruh negara pada hari ini sebagai intipati utama untuk mengetengahkan aspek menjaga kedaulatan negara dan mengupas sifat keberanian serta pengorbanan pahlawan demi memastikan sebuah negara terus berdaulat.
Bagi solat jumaat yang didirikan di Masjid Khalid Al-Walid , Khutbah khas ini telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Haji Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera. "Keberanian, kesetiaan, dan keikhlasan Khalid al-Walid patut menjadi contoh dalam menerapkan semangat kepahlawanan dalam diri. Perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat yang tercatat dalam peristiwa hijrah merupakan teladan dan pengajaran yang baik untuk kita membentuk sebuah Keluarga Malaysia yang memangkin kemakmuran negara," katanya.
Sejurus selesai bacaan Khutbah, Solat Jumaat yang diimamkan oleh Leftenan Kolonel Haji Mohd Nizam Dato’ Haji Termizi Al Hafiz, Pegawai Agama KAGAT telah didirikan dengan penglibatan Jemaah dari kalangan warga ATM, PDRM serta kakitangan awam MINDEF.
Turut hadir Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Hishamuddin bin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan ATM, PDRM dan awam MINDEF yang lain.

 Lihat Galeri Gambar