logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 - Hubungan Bilateral Malaysia dan Itali terus diperkukuh melalui sesi eksekutif oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dalam usaha memperkasakan lagi pembangunan keupayaan Aktiviti Elektromagnetik Siber negara.
Hasil kunjungan hormat Menteri Luar Itali ke atas YB Timbalan Menteri Pertahanan telah mencipta peluang dengan persetujuan dari Itali untuk menganjurkan bengkel bertajuk Self Protection Upgrade & Electronic Warfare Coordination Centre bermula 26 hingga 28 Julai ini, yang dikoordinasikan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) bersama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS)
Program bilateral ini dimulai dengan sesi eksekutif pada 25 Julai lalu melibatkan wakil Pegawai Kanan ATM , Kementerian Pertahanan dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diketuai oleh Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (KP SEP), Laksamana Muda Dato’ Shamsuddin bin Hj Ludin. Manakala pihak Itali diketuai oleh kedutaan Itali di Malaysia, H.E. Mr. Massimo Rustico.
Bengkel ini melibatkan kumpulan kerja teknikal yang diwakili para peserta dari semua peringkat perkhidmatan ATM dan stakeholder Kementerian Pertahanan. Bengkel ini diyakini dapat memberikan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sambil menimba ilmu pengetahuan teknologi terkini yang digunakan pihak Itali dalam operasi siber dan peperangan elektronik.
Hasil bengkel dijangka dapat menyokong pembangunan keupayaan (capability building) dalam usaha kearah mencapai keupayaan menyeluruh Angkatan Kredibel sebagaimana disarankan dalam Kertas Putih Pertahanan.

 Lihat Galeri Gambar