logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUANTAN, 26 Julai 2022 - Markas Angkatan Bersama (MK AB) secara rasminya dinamakan Kem Al-Sultan Abdullah yang telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada hari ini.
Dalam majlis tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah dipersembahkan dengan gimik acara pelancaran melibatkan gabungan aset dan aksi penerjunan anggota khas dari ketiga-tiga perkhidmatan ATM sebelum menandatangani plat penamaan kompleks Markas Angkatan Bersama tersebut.
Seterusnya Seri Paduka Baginda turut dipersembahkan taklimat mengenai peranan serta fungsi MK AB yang disampaikan oleh Panglima Angkatan Bersama bertempat di Pusat Operasi Bersama (POB) serta berkesempatan berinteraksi secara sidang video dengan pegawai dan anggota ATM yang sedang melaksanakan tugas operasi PASIR di Sabah serta yang bertugas di misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Turut serta mengiringi Seri Paduka Baginda dalam majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Mindef yang lain.

 Lihat Galeri Gambar