logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

22 Julai 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak yang meraikannya. Sesungguhnya Hari Sarawak diraikan adalah bagi memperingati tarikh penyerahan pentadbiran negeri ini kepada anak watan Sarawak oleh penjajah British pada 22 Julai 1963 yang lalu. Usaha ke arah mendapat pentadbiran sendiri ini bukanlah satu perkara yang mudah. Sudah pasti banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh rakyat Sarawak yang terdahulu bagi memastikan Negeri Sarawak bebas dari cengkaman penjajah. Justeru, marilah kita sebagai rakyat Sarawak untuk sama-sama menghayati erti Hari Sarawak dengan mengekalkan perpaduan serta keharmonian kepelbagaian kaum dan agama di bumi Sarawak yang tercinta ini demi memelihara keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati pada hari ini. Selamat Hari Sarawak!

 Lihat Galeri Gambar