logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2022 – YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri, telah bebesar hati untuk hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 (BP3.0) Kementerian Pertahanan bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (WP ATM) pada petang ini.
Blueprint Perumahan 3.0 ini merupakan dokumen berkaitan perancangan pembangunan perumahan terbaharu disediakan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam menepati hasrat untuk mengadaptasi semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang mempunyai tiga teras utama iaitu Keterangkuman (𝘐𝘯𝘤𝘭𝘶𝘴𝘪𝘷𝘪𝘵𝘺), Kebersamaan (𝘊𝘰𝘮𝘮𝘰𝘯 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘯𝘥) dan Kesyukuran (𝘊𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵𝘮𝘦𝘯𝘵) yang inklusif. Ianya merupakan kesinambungan kepada Blueprint Perumahan 1.0 (BP1.0) yang telah dilancarkan pada tahun 2017 dan disusuli Blueprint Perumahan 2.0 (BP2.0) yang telah dilancarkan pada tahun 2019 yang lalu.
YAB Perdana Menteri di dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau berasa bersyukur kepada Ilahi di atas pelaksanaan BP1.0 dan BP2.0 telah berjaya sepenuhnya di mana sebanyak 4,200 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) baru telah berjaya disiapkan dan diduduki oleh Warga ATM dan Warga MINDEF. Beliau turut menyatakan bahawa BP3.0 yang merupakan kesinambungan kepada BP1.0 dan BP2.0 pula akan menumpukan kepada penyediaan baki keperluan 12,733 unit RKMAT seluruh negara menerusi 5 fasa bermula tahun 2023 hingga tahun 2030.
Selain itu, beliau turut menambah bahawa Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia menyasarkan sebanyak 80 peratus daripada 7,292 unit RKMAT sedia ada akan dinaik taraf termasuk pengubahsuaian daripada 2 unit kepada 1 unit melalui program selenggara bangunan dan naik taraf. Manakala, di bawah program Inisiatif Perumahan Veteran ATM pula sebanyak 1,700 unit akan dibina demi kesejahteraan veteran ATM di seluruh negara.
Majlis tersebut diteruskan dengan penyerahan buku 𝘊𝘰𝘧𝘧𝘦𝘦 𝘛𝘢𝘣𝘭𝘦 yang bertajuk 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶 𝗬𝗮𝗮𝗸𝗼𝗯, 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻: 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻𝗶 𝗔𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗖𝗼𝘃𝗶𝗱-𝟭𝟵 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan kepada YAB Perdana Menteri. Buku tersebut boleh dijadikan panduan di dalam menangani sesuatu musibah yang melanda kerana ianya mengandungi objektif, inisiatif dan hala tuju YAB Perdana Menteri semasa beliau dilantik sebagai Menteri Kanan Pertahanan pada Mac 2020 merangkap Menteri Kanan Kluster Pertahanan yang menerajui kepimpinan negara semasa wabak pandemik COVID-19 melanda Malaysia.
Disamping itu, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat mewakili Panglima Angkatan Tentera turut menyampaikan cenderamata kepada YAB Perdana Menteri sebagai tanda penghargaan beliau yang pernah menerajui Kementerian Pertahanan sebagai Menteri Kanan Pertahanan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Zakaria bin HJ Yadi, Ketua Staf Markas ATM, Pegawai-Pegawai Kanan ATM, Warga ATM dan Warga MINDEF.

 Lihat Galeri Gambar