logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM menghadiri majlis Pra Pelancaran LIMA 2023 yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang turut disaksikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong bertempat di Auditorium MINDEF, hari ini. LIMA bakal kembali beraksi pada 23 Mei 2023 hingga 27 Mei 2023 di Langkawi, Kedah dengan lebih banyak pembaharuan seperti segmen pertunjukkan dron, segmen teknologi angkasa, forum syarikat penerbangan, program untuk remaja dan segmen wanita dalam pertahanan yang akan disaksikan oleh para pengunjung, delegasi antarabangsa dan pempamer.


Dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Seri Muez Abd Aziz bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YBhg. Datuk Isham Ishak turut menandatangani pelantikan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd sebagai penganjur LIMA 2023.
Pameran LIMA ini dilihat sebagai satu platform terbaik bagi syarikat industri pertahanan dari seluruh dunia dan secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang dalam usaha menghubung dan mempromosikan kerjasama strategik antara syarikat industri pertahanan tempatan dan antarabangsa.


Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib.

Lihat Galeri Gambar