logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2022 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini. Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang itu telah dimulai dengan bacaan Yasin dan doa selamat disusuli dengan Solat Maghrib secara berjemaah. 


Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat ini adalah merupakan sebahagian daripada acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tahun 2022.

Lihat Galeri Gambar