logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kejayaan MALBATT 850-8 menerima sijil pengiktirafan 'Environmental Compliance' (Pematuhan Alam Sekitar) semasa berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di bawah Misi United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah mendapat perhatian pihak Malaysia Board of Technology (MBOT) dan terpilih untuk diterbitkan dalam Buletin MBOT iaitu TECHIES Edisi Ke-14 bersama artikel dari pakar teknologi lain di Malaysia.


Malaysia Board of Technology (MBOT) ialah sebuah badan profesional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab memberikan pengiktirafan profesional Juruteknologi dan Juruteknik dalam bidang teknologi dan teknikal yang diiktiraf oleh Lembaga Pengarah berkaitan kemahiran dan teknologi.


MALBATT 850-8 telah menjalankan misi UNIFIL di Lubnan selama setahun mulai 14 Nov 20 dan diketuai oleh Kolonel Azudin Hassan selaku Komander serta 83 pegawai dan 771 anggota lain-lain pangkat, seorang pegawai awam daripada Kementerian Pertahanan serta 3 pegawai dan 27 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Tahniah kepada semua warga MALBATT 850-8!

Lihat Galeri Gambar