Kuala Lumpur, 16 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM menitipkan penghargaan kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Majlis Hari Raya Aidilfitri ATM 2022 yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM hari ini. Beliau mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota di bawah koordinasi Bahagian Logistik Pertahanan (BLP) atas kesungguhan serta komitmen yang diberikan hingga majlis berkenaan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan cemerlang.
Setinggi tahniah kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat Penganjuran A Plus (+) - Panglima Angkatan Tentera.