logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SG. PETANI, 23 April 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM semalam telah bersama 1000 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Padang Kawad Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanize, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah.


Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez Abd Aziz dan Kepimpinan Tertinggi TDM, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain turut bersama di dalam majlis berkenaan yang juga turut meraikan anak-anak yatim dari Pertubuhan Rumah Anak Yatim, Daerah Kuala Muda, Sungai Petani. Sempena majlis ini juga, Menteri Kanan Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang merangkumi bantuan keperluan asas dan peralatan sekolah di samping penyampaian Mock Up Cheque bernilai RM10,000 daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada Pengurusan Masjid An-Naim, Kem Lapangan Terbang.


Mengambil kesempatan majlis, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein juga diaturkan untuk bersama anggota-anggota TDM yang berada di kawasan operasi dalam sesi sidang video di beberapa penempatan di Balai Ringin, Sarawak; Pos Renap, Kelantan; Gubir, Kedah; Keningau, Sabah; dan Kem Sri Banding, Perak. Rakaman Takbir Hari Raya juga turut diadakan bersama para pegawai dan anggota sebagai pengisian penerbitan video untuk disiarkan apabila tiba Syawal nanti.


Penganjuran majlis seperti ini selari dengan Teras Ke-2 Perintah Ulung Panglima Angkatan, untuk "Memperkasakan Warga ATM Yang Cemerlang" dengan membangunkan nilai-nilai murni yang bersendikan kekuatan kerohanian, keberanian dan semangat berpasukan.
Syabas warga TDM atas persediaan dan sambutan yang diberikan.

Lihat Galeri Gambar