logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan di Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah.


Sepanjang bulan Ramadan ini, ATM telah mengadakan program Tadarus Al-Quran yang dilaksanakan di Masjid Khalid bin Al-Walid dan masjid serta surau pasukan-pasukan bagi menghidupkan serta menyemarakkan suasana Ramadan dengan alunan ayat suci Al-Quran. Majlis Khatam Al-Quran hari ini juga adalah sebagai simbolik khatam Al-Quran oleh para peserta di seluruh perkhidmatan. PAT turut menyampaikan cenderahati kepada 60 orang peserta tadarus di Masjid Khalid bin Al-Walid yang terdiri daripada pegawai dan anggota LLP dari Markas ATM dan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.


Dalam majlis ini juga, Affin Hwang Investment Bank yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Mona Suraya bte Kamaruddin dan Affin Islamic - AffinMy yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Nazlee bin Khalifah turut menyerahkan mock-up cheque kepada PAT sebagai simbolik kepada penyerahan sumbangan sebanyak RM 350,000.00 dan RM 250,000.00 untuk Tabung Zakat ATM.

Lihat Galeri Gambar