KOTA KINABALU, 17 April 2022 - Kehadiran Sarjan Mejar Rejimen Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM), PW 1 Hayazi bin Abdul Aziz yang turut serta mengiringi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dalam Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu telah memberi peluang kepada anggota LLP TLDM untuk beramah mesra bersama RSM ATM pertama itu.
Kehadiran beliau turut di sambut oleh Pegawai Waran TLDM, PW 1 TLS (AQM) Mohamad Noorfazli bin Ariffin serta Pegawai Waran Markas (PWM) di pangkalan tersebut dan beliau turut meluangkan masa melawat anggota-anggota LLP di pangkalan berkenaan.
Kesempatan tersebut digunakan oleh beliau untuk mendekati anggota LLP TLDM di pangkalan berkenaan disamping memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada mereka untuk terus mencurahkan khidmat dengan sepenuh hati dalam perkhidmatan.