logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 14 April 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM pada pagi ini telah mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein menyempurnakan acara penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 bertempat di Dewan Auditorium Wisma Pertahanan pada pagi ini.


Pada tahun ini, sebanyak 77 buah wakil daripada syarikat, badan korporat serta individu telah memberikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam bentuk barangan serta wang tunai dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1,881,180 dan mereka turut menyerahkan mock-up cheque kepada Menteri Kanan Pertahanan yang mewakili ATM sebagai simbolik pemberian sumbangan pada majlis pagi ini. Menteri Kanan Pertahanan dalam ucapannya turut mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang serta merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota yang bertugas di perbatasan sama ada di malaysia mahupun di luar negara bawah misi Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta di Mindanao bawah International Monitoring Team (IMT) di atas jasa dan pengorbanan mereka demi memastikan rakyat malaysia dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga dalam keadaan yang aman dan tenteram.
Di samping itu, beliau turut mengumumkan beberapa inisiatif terbaharu bagi warga ATM seperti kebenaran pengeluaran simpanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) untuk menunai haji dan menyambung pelajaran berkuatkuasa 15 Apr 2022, menaikkan elaun Persinggahan Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada RM50 sehari dan menaikkan jumlah FGCR kepada 160 hari serta bayaran pendahuluan FGCR sebanyak 80 hari cuti seperti penjawat awam yang lain.


Pada majlis ini juga, Menteri Kanan Pertahanan turut menyampaikan beg berisi pelbagai barangan dan makanan kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan sebagai simbolik kepada penyerahan 15,000 buah beg untuk diagihkan kepada anggota ATM yang bertugas menjaga keselamatan negara di perbatasan semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai ingatan dan tanda terima kasih di atas pengorbanan mereka.
Turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan ATM dan MINDEF.

Lihat Galeri Gambar