logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 1 April 2022 – Majlis Penutupan Kursus Asas Bahasa Arab Siri 2/22 ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM bertempat di Grand Barakah Hotel, Ampang, Selangor.


Kursus Asas Bahasa Arab Peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 2/22 yang dianjurkan oleh ATM melalui Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dengan kerjasama Kedutaan Besar Arab Saudi telah dilaksanakan mulai 7 Mac hingga 1 Apr 2022 (4 minggu) dengan jayanya.
Kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh Kedutaan Besar Arab Saudi dengan bantuan tenaga pengajar dari The Saudi School. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menamatkan kursus Asas Bahasa Arab ini.


Tawaran kursus Bahasa Arab kali kedua ini merupakan simbol penghargaan dan juga tanda keakraban yang kuat di antara ATM dan Angkatan Tentera Arab Saudi. Ianya bertujuan untuk memupuk rasa harmoni dan membuka ruang interaksi yang lebih diplomasi kepada kedua-dua belah pihak.


Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penuntut kursus yang terdiri daripada pegawai dan anggota ATM berkenaan perbualan asas Bahasa Arab yang betul serta melaksanakan kaedah amali intensif komunikasi secara berkumpulan bagi memaksimumkan tahap keberkesanan latihan.
Usaha kolaboratif ini akan diteruskan di masa akan datang dan ianya adalah salah satu inisiatif murni dalam meningkatkan tahap penguasaan komunikasi Bahasa Arab para pegawai dan juga anggota ATM. Dalam pada itu, ia juga merupakan satu kesinambungan yang dinamik sebagai persediaan kepada warga ATM yang bakal terbabit dalam misi pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain penempatan di Pejabat Atase Pertahanan di negara yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama.
Hadir sama ialah Pegawai Kanan ATM dan Atase Tentera Arab Saudi di Malaysia, Brigadier Jeneral Abdullah Khaled Al Yamini.

Lihat Galeri Gambar