logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 1 April 2022 - Majlis Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tahun 2022M1443H telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM bertempat di Masjid Khalid bin Al-Walid Kementah - Page Rasmi (MKWK). Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadan merupakan majlis bagi mengumpul dana dan sumber kewangan untuk membiayai program dan aktiviti pengimarahan kerohanian yang dirancang sepanjang Ramadan 2022M1443H.


Semua aktiviti pengimarahan yang akan dilaksanakan di MKWK adalah bertujuan membina sifat ehsan dan taqwa dalam diri setiap warga tentera dan masyarakat awam setempat. Ia juga dilihat sebagai sebahagian tugas dan tanggungjawab Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) khususnya dalam memperkasakan pensyariatan Ibadat Puasa Ramadan yang dituntut sebagai rukun asas dalam Islam.
Selain mengutip sumbangan derma dari individu dan syarikat bagi membiayai program dan aktiviti sepanjang Ramadan 2022M1443H, pelancaran ini juga dapat menyemarakkan aktiviti syiar Islam di setiap masjid dan surau ATM khususnya pada bulan Ramadan dan meningkatkan kesedaran anggota untuk membuat persediaan fizikal dan spiritual bagi menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.
Di kesempatan ini juga, Panglima Angkatan Tentera turut melaksanakan penyerahan sumbangan Tabung Zakat ATM sebanyak RM183,500.00 kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan bagi tujuan pembiayaan program dan aktiviti kerohanian yang dilaksanakan sepanjang Ramadan 2022M1443H yang melibatkan Masjid, Surau Jumaat dan Surau ATM.

Konsep pengimarahan Ihya’ Ramadan pada tahun ini adalah melalui komitmen warga tentera bagi sumbangan berbentuk kupon dengan nilai minimum RM2.00 dan maksimum RM5.00 yang diagihkan kepada setiap Perkhidmatan iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara. Dalam pada itu, majlis ini juga turut mendapat kerjasama penaja daripada Syarikat QSR Brands (M) Holdings Berhad httpsqsrbrands.com bagi menaja pek KFC selama 30 hari (sepanjang Ramadan) dengan kos berjumlah RM160,500.00 serta sumbangan individu korporat bagi menampung kos penyediaan bubur lambuk dengan kos RM48,600.00 sepanjang bulan Ramadan tahun ini.


Kerjasama strategik bagi pelaksanaan program bantuan Ramadan yang dianjurkan oleh KAGAT dengan kerjasama Syarikat QSR Brands (M) Holdings Berhad dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan satu program yang berkonsepkan kebajikan dalam meringankan beban kos sara hidup anggota tentera dan awam melalui bantuan pek makanan kepada golongan sasar iaitu asnaf ATM dan awam setempat. Jalinan kerjasama strategik ini secara tidak langsung dapat membuka ruang dan peluang kerjasama yang lebih luas di antara ATM melalui KAGAT bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ke arah kebersamaan untuk gerak kerja kebajikan yang melibatkan lingkungan spektrum yang lebih menyeluruh.


Program ini juga telah dijadikan Inisiatif Strategik Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025 di bawah Teras 3, Kelestarian Kesejahteraan Warga Kerja Pertahanan (WKP) yang menggalakkan kerjasama strategik antara ATM dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Pemangku Ketua Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd, Encik Hayazi bin Darus, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En Mahadi bin Sukarno.

Lihat Galeri Gambar