logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2022 – Pameran Defence Services Asia (DSA) & National Security (NATSEC) Asia 2022 secara rasminya telah dilancarkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin pada hari ini. Pameran yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) kali ini telah disertai sebanyak 1,170 syarikat dari 20 buah negara dan dijangka akan dihadiri oleh 25,000 orang pengunjung.

Walaupun baru membuka tirai hari ini, ianya berjaya menyaksikan pemeteraian Perjanjian Memorandum di antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat PT Pindad - Persero untuk bekerjasama bagi mengembangkan industri pertahanan tempatan negara masing-masing.

Di samping itu, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah turut bercemar duli berangkat ke MITEC bagi melawat pameran DSA & NATSEC Asia 2022 petang tadi.

Dalam kesempatan ini juga, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM turut meluangkan masa bertemu rakan sejawat serta wakil dari angkatan tentera luar negara seperti Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato’ Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Deputy Commander-in-Chief Royal Cambodian Armed Forces, General Chhin Chanpor dan Commanding General of United States Army Pacific (USARPAC), General Charles A. Flynn.

Lihat Galeri Gambar