logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Hari ini bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) , Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Buang TUDM telah berkongsi idea sebagai ahli panel bagi sesi kedua Forum Putrajaya 2022 atas peranan ATM membawa tanggungjawab tugas sekunder dari aspek kerjasama tentera membantu pihak berkuasa awam dan rakyat (CIMIC).

Melalui perkongsian tajuk '𝗘𝘃𝗼𝗹𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗳 𝗖𝗶𝘃𝗶𝗹-𝗠𝗶𝗹𝗶𝘁𝗮𝗿𝘆 𝗖𝗼𝗼𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻: 𝗔𝗱𝗮𝗽𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗼 𝗡𝗲𝘄 𝗦𝗲𝗰𝘂𝗿𝗶𝘁𝘆 𝗥𝗲𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶𝗲𝘀', Panglima Angkatan Tentera telah berkongsi bagaimana kejayaan ATM dan negara menggunakan pendekatan CIMIC mengaplikasikan konsep Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) semasa era insurgensi melawan komunis di samping pelaksanaan CIMIC di misi-misi pengaman antarabangsa serta aspek bantuan kemanusiaan untuk negara luar yang menghadapi bencana.

Perkongsian idea ini juga sebagai menjawab kepada persoalan ketiadaan piawaian sejagat untuk membezakan peranan tentera dan orang awam dalam tadbir urus sesebuah negara yang memerlukan satu pendekatan terbaik terutama pelaksanaan melibatkan operasi multinasional.

Selain Panglima Angkatan Tentera, Chief of South Africa National Defence Force, General Rudzani Maphwanya dan Timbalan Naib Chancellor HELP universiti, Prof Dato' Dr Zakaria Hj Ahmad turut sama menjadi panel dalam sesi kedua ini.

Lihat Galeri Gambar