logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PUTRAJAYA, 24 Disember 2021 – Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM pada pagi ini telah hadir menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Ketahanan Nasional (KKN) Kohort 2021 bertempat di Auditorium Utama, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.

Kursus selama 52 minggu ini telah bermula sejak 4 Jan 21 serta merupakan siri kedua yang diadakan di PUSPAHANAS dan hanya dihadiri oleh pegawai berpangkat Kol dan Brig Jen atau setaraf. KKN merupakan inisiatif ATM bagi memenuhi konsep whole government approach yang seiring sepertimana ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan dan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025.

Seramai 21 orang Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada 12 orang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM), 5 orang pegawai kanan dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 4 orang pegawai kanan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada siri kali ini.

Dalam majlis ini turut diadakan pelancaran buku ‘Statesman Journal’ iaitu sebuah kompilasi artikel akademik yang dihasilkan oleh peserta sepanjang kursus. Disamping itu, dua kertas penyelidikan dan cadangan dasar yang dihasilkan turut berjaya dibentangkan kepada ahli-ahli panel kementerian.

Penubuhan Maktab Ketahanan Nasional telah mula dirancang sejak 22 Nov 11 dan telah ditubuhkan secara rasmi pada 31 Julai 2019 selepas selesai poses pembinaan kompleks dan fasiliti serta merangka kurikulum yang bersesuaian serta diperakui relevan sesuai dengan objektif penubuhannyauntuk menghasilkan pemikir strategik berkualiti sebagai seorang negarawan (statesman) yang mampu menggunakan elemen kuasa negara (National Power) ke arah keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara, serantau dan antarabangsa.

Pada masa hadapan, Maktab Ketahanan Nasional (MKN) turut merancang untuk menawarkan kursus ini kepada Pegawai Tertinggi Sektor Awam dan Swasta serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Luar Negara bermula tahun 2024 namun tertakluk kepada kelancaran penambahan infrastruktur yang dijangka akan bermula pada tahun hadapan.

Turut hadir dalam majlis pagi ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, YBhg. Datuk Muez bin Abd Aziz, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad dan Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Dato’ Mohammad Bin Ab Rahman.

Lihat Galeri Gambar