logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 30 Disember 2021 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM bersama isteri, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang juga Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) telah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan mangsa banjir oleh Kerajaan United Arab Emirates (UAE) kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Wisma Perwira ATM.

Majlis penyampaian bantuan banjir sumbangan daripada UAE ini telah disampaikan oleh H.E. Khalid Ghanim Alghaith (UAE Ambassador) kepada Panglima Angkatan Tentera dan turut disampaikan kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM untuk diagihkan kepada warga ATM dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir di beberapa buah negeri baru-baru ini. Barangan sumbangan ini terdiri daripada sejadah, Al-Quran, telekung, barang kering dapur, beras, minyak masak dan hygiene kit, cadar, tilam, tuala, selimut serta bantal. Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mereka.

Organisasi BAKAT ATM yang menjaga kebajikan hal ehwal keluarga anggota tentera turut memainkan peranan bersama ahli-ahlinya untuk bersama membantu menyalurkan sumbangan yang diterima kepada warga tentera dan keluarga yang terkesan. Pada masa yang sama, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM juga berhasrat untuk meluaskan peranan BAKAT dalam menyalurkan sumbangan kepada penduduk setempat yang terkesan seiring dengan slogan BAKAT iaitu “Bersama Berbakti”. Erti kata lain, khidmat bakti yang dicurahkan tidak hanya kepada ahli keluarga ATM sahaja malah diperluaskan kepada mayarakat umum bagi menyahut seruan kerajaan menjayakan konsep “Keluarga Malaysia”.

Sesungguhnya ATM amat berterima kasih dengan keprihatinan dan bantuan yang disumbangkan oleh Kerajaan UAE ini dalam membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir terutama kepada warga tentera dan keluarga mereka.

Lihat Galeri Gambar