logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PAHANG, 2 Januari 2022 - Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM meneruskan program penyerahan barangan sumbangan kepada warga ATM yang terjejas akibat bencana banjir di sekitar Temerloh dan Mentakab, Pahang hari ini.

Program bantuan ini telah dimulakan dengan penyerahan barangan sumbangan kepada 46 keluarga warga ATM yang menjadi mangsa banjir di sekitar temerloh iaitu seramai 26 orang dari kawasan terjejas di Taman Mutiara Semantan dan 20 orang dari Kem Batu 3. Penyerahan sumbangan ini telah berlangsung di Garaj Dragon Park 7 RAD, Kem Batu 3, Temerloh yang turut disertai oleh Pengerusi BAKAT 4 Briged Mekanize.

Seterusnya, penyerahan bantuan telah disampaikan kepada seramai 16 keluarga warga ATM dari Kem Batu 5, Mentakab yang menetap di kawasan terjejas banjir di Taman Mentakab Indah.
Agihan sumbangan barangan berupa keperluan asasi dan kit solat ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh keluarga warga ATM yang terlibat dengan bencana banjir.

Sejajar dengan peranan dan fungsi yang dijalankan oleh BAKAT iaitu mengutamakan hal ehwal kebajikan keluarga warga ATM amnya, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM turut menzahirkan rasa simpati dan memberikan dorongan semangat kepada semua mangsa banjir terlibat agar sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan yang menimpa.

Turut serta dalam menjayakan program penyerahan bantuan ini adalah Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA), Mej Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad dan Pengerusi BAKAT Gabungan, YBhg Datin Norhayati binti Usul.

Lihat Galeri Gambar