logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2021 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi Bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Muhaini Binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini telah meraikan mantan Panglima-Panglima Angkatan Tentera dan Panglima-Panglima Perkhidmatan terdahulu sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-88 di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM.

Majlis tahunan yang bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan mereka sepanjang berkhidmat dalam ATM itu telah dihadiri seramai 23 para mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan setelah majlis yg sama tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas atas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Siri majlis kali ini telah dilaksanakan dengan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) dalam memenuhi ketetapan bagi majlis-majlis rasmi ketika negara masih tertakluk kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM dan para Pegawai Kanan ATM.

Lihat Galeri Gambar