logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 November 2021 – Penganjuran Defence Services Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) telah diputuskan untuk diadakan pada 28 hingga 31 Mac 2022 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Induk bagi kedua-dua acara tersebut telah bersidang buat kali kedua bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada semalam 29 Nov 21.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM dan KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz. Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.

DSA dan NATSEC ASIA 2022 merupakan edisi kedua dianjurkan secara bersama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri yang bertujuan untuk memperkukuhkan penglibatan Sektor Keselamatan dan Penguatkuasaan.

Acara ini akan dilaksanakan mengikut norma baharu berdasarkan SOP yang telah ditetapkan disamping akan dilangsungkan secara “hybrid” serta turut dilengkapi dengan aplikasi secara maya sebagai kemudahan kepada pelawat dan tetamu, samada dari dalam mahupun luar negara yang tidak dapat menghadiri kedua-dua acara tersebut secara fizikal.