logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 29 November 21 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan mencemar duli ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) 2021 di Balairung Seri Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Turut berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Seramai 210 penerima telah dianugerahkan pingat dalam Istiadat DKAT pada tahun ini setelah kali terakhir Istiadat berkenaan diadakan pada tahun 2019. Istiadat ini tidak dapat dilangsungkan pada tahun 2020 berikutan penularan wabak Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. Istiadat yang diadakan dalam satu sesi ini sahaja, juga dilaksanakan dengan pematuhan ketat Standard Operating Procedure (SOP) bagi aktiviti dan protokol penganjuran sesuatu majlis rasmi bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Istiadat Pengurniaan DKAT kali ini menyaksikan Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Darat: Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Bin Mohd Zain, disusuli Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Ackbal Bin Hj Abdul Samad TUDM.

Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT) kepada 31 penerima, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), 56 penerima, Kesatria Angkatan Tentera (KAT), 67 penerima dan Bentara Angkatan Tentera (BAT), 53 penerima.

Penganugerahan Pingat DKAT diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakkan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan ATM. Sebanyak lima (5) Darjah Kebesaran Angkatan Tentera di senaraikan khusus bagi ATM yang terdiri daripada Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT), Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT), Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT) dan Bentara Angkatan Tentera (BAT).

Turut hadir ke istiadat ini ialah Menteri Kanan Pertahanan; YB Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussien, Timbalan Menteri Pertahanan; YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Bin Buang TUDM, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan; Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz.