logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 12 November 2021 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM menerima Kunjungan Hormat daripada United States Deputy Assistant Secretary of Defense for South and Southeast Asia, Ms Lindsey Ford bertempat di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang ketenteraan antara Malaysia dan Amerika Syarikat bagi mengukuhkan lagi jalinan kerjasama kedua-dua belah pihak.

Turut mengiringi, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal dan Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Dato' Saharuddin bin Mansor TUDM.