logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 3 November 2021 – Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, hari ini telah meluangkan masa meninjau perkembangan pembinaan ‘D'Fleet Halle’, hangar kenderaan baharu milik Fleet Kenderaan KEMENTAH.

Pembinaan hangar tersebut adalah hasil daripada Lawatan KSU ke fleet berkenaan pada 25 Feb 21 lalu. Kerja- kerja pembinaan telah bermula sejak 18 Ogos 21 bagi memastikan kenderaan pegangan pasukan sentiasa dalam keadaan baik selain turut boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti indoor pasukan.

Di samping meninjau kerja-kerja yang dilaksanakan, PAT turut diberikan taklimat oleh Ketua Fleet Kenderaan KEMENTAH, Mej Mohd Hakim bin Katnin dan menandatangani buku lawatan serta melepaskan ikan ke dalam kolam pasukan sebagai simbolik lawatan beliau.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah AKS OLP, Lt Jen Dato' Hashim bin Aman Shah, AKS BLP, Mej Jen Ezani bin Abdullah, Ketua Pengarah BPKP, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Anhar bin Anuar dan Pengarah KPD, Brig Jen Salenin bin Hj Salleh.