logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

BUTTERWORTH, 23 Oktober 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada hari ini telah menyambut ulang tahun Ke-40 Operasi Gateway (40th OP Gateway) yang merupakan kerjasama bilateral di antara TUDM dengan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF).

Objektif utama pelaksanaan Operasi Gateway sejak 1981 adalah menyediakan serta melaksanakan pemantauan maritim bagi menjaga kepentingan pertahanan negara dan sambutan kali ini merupakan sebagai satu aspek penting di dalam hubungan dua hala (bilateral) di antara Malaysia dan Australia yang terjalin malahan kewujudan RAAF khususnya di Malaysia telah lama bermula sejak sebelum perang dunia kedua lagi.

Sambutan 40 tahun OP Gateway tersebut sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mei 2021 yang lalu namun terpaksa ditunda berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini. Namun berjaya direalisasikan dengan skala kecil dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta kehadiran yang terhad.
Sambutan bertemakan “40 YEARS AND STILL GOING STRONG” telah dilaksanakan di Hangar 19 Skuadron RAAF dan di hadiri kira-kira 50 orang jemputan daripada kedua-dua pihak TUDM dan RAAF. Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM telah mewakili Panglima Tentera Udara manakala Penasihat Pertahanan Australia di Kedutaan Australia, Captain Gretchen Fryar telah mewakili Panglima Tentera Udara RAAF dalam sambutan ini.

Panglima Tentera Udara RAAF, Air Marshal Mel Hupfeld dan Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM turut tidak ketinggalan untuk menyampaikan ucaptama yang disiarkan secara virtual dan PTU mengalu-alukan kehadiran pihak RAAF dan Kedutaan Australia ke Pangkalan Udara Butterworth sempena sambutan bersejarah tahun ini bagi memperingati Operasi Gateway.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak RAAF dan Australia di atas hubungan yang terjalin sejak tahun 1958 disamping kerjasama melalui Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang menyambut Ulang Tahun ke-50 baru-baru ini. Beliau turut mengimau sejarah kerjasama di antara kedua angkatan udara ini dalam pelbagai penugasan secara bersama termasuk latihan gabungan, operasi bersama dan pelbagai aspek dalam pertahanan ruang udara negara.

Disamping itu, PTU turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan khusus kepada Flight Lieutenant A. Steff RAAF, Komander pesawat P-3C Orion RAAF serta kru yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat insiden rampasan kapal tangki Malaysia, MT Orkim Harmony pada tahun 2015. Pesawat P-3C Orion milik RAAF berkenaan telah mengesan kapal tangki tersebut dan membawa kepada kejayaan menyelamatkan kembali kapal tangki berkenaan termasuk anak kapalnya.

Komander Pangkalan Udara Butterworth , Brigedier Jeneral Shaiful Azuar bin Ariffin TUDM dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan di atas pemilihan Pangkalan Udara Butterworth sebagai lokasi sambutan bersejarah 40 tahun OP Gateway yang dikoordinasikan bersama Bahagian Operasi dan Strategi, Markas Tentera Udara selaku penganjur.

Turut hadir ialah Miss Hannah Birdsey, Timbalan Ketua Misi Kedutaan Australia; Leftenan Kolonel Van Der Peer, Pegawai Memerintah 2/30th Training Group; Wing Commander Darren, Pegawai Memerintah 19 Skuadron RAAF; Squadron Leader Benn Carroll, Pegawai Memerintah 92 Wing Detasmen Alpha; pegawai dan staf Kedutaan Australia serta kru OP Gateway manakala di pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) ialah Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Akib bin Hj Yusof dan di pihak TUDM ialah Pegawai Memerintah dan Eksekutif Pangkalan Udara Butterworth; Jawatankuasa OP Gateway serta pegawai dan anggota PU Butterworth.

Sumber daripada:
Bahagian Perhubungan Awam, Markas Tentera Udara