logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SANDAKAN, 18 Oktober 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah mengaturgerakkan Skuadron Bot MK ATB 2 bagi membantu sukarelawan Hunger Hurts, sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpusat di Shah Alam, Selangor untuk mengagihkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada sekitar 400 orang penduduk di Pulau Berhala dan Kampung Tanjung Batu Darat, Sandakan pada 16 dan 17 Okt 21 yang lalu.

Kerjasama tersebut adalah yang kedua dilaksanakan selepas julung kali dilaksanakan di Pulau Berhala pada 10 Jan 2021 yang lalu bagi membantu penduduk di sana yang terjejas serta mengalami kesempitan hidup akibat kehilangan pekerjaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19 yang berlarutan selama hampir 2 tahun ini.
Pengarah Program, Puan Nur Syarina binti Ali dalam ucapannya “Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai hilang pekerjaan serta kemampuan untuk meneruskan kehidupan dan program ini memfokuskan kepada mereka yang terjejas di penempatan tersebut”. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Skuadron Bot ATB 2 khasnya Detasmen Bot Sandakan di atas bantuan pengangkutan dan tenaga kerja yang telah diberikan.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad turut memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dan berharap program seumpama ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara ATM dengan masyarakat melalui NGO-NGO disamping terus aktif membantu penduduk yang terkesan di sepanjang kawasan tanggungjawab (KTJ) MK ATB 2 selaras dengan konsep Military Operation Other Then War (MOOTW) di masa aman.

Sumber daripada:
Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Bersama 2