logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KOTA TINGGI, 20 Oktober 2021 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) berjaya menangkap 30 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia yang cuba keluar dan masuk ke negara dalam 2 kejadian berasingan yang berlaku pada pagi ini di Sektor OP BENTENG kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Tangkapan pertama berlaku pada tengah malam tadi apabila anggota Pos Pemerhati berjaya mengesan pergerakan sekumpulan individu sedang berjalan menuju ke pantai Pasir Logok, Kota Tinggi, Johor. Hasil maklumat tersebut, Tim Quick Reaction Force (QRF) telah segera diaturgerakkan dan berjaya menahan 25 orang PATI yang dipercayai sedang menunggu bot untuk pulang ke Negara asal.

Pada awal pagi pula, seramai 5 orang PATI lagi berjaya ditahan di sekitar kawasan tersebut dan mereka dipercayai baru sahaja mendarat di Negara ini melalui jalan yang tidak sah.
Kesemua 30 orang PATI yang di tahan terdiri daripada 25 lelaki dan 5 wanita warga Indonesia yang berusia diantara 19 hingga 53 tahun. Turut berjaya dirampas adalah Matawang Malaysia RM 15,713.30, Indonesia IDR 20,207,625.00 (RM 5,958.97), 40 buah telefon bimbit serta barang kemas yang nilai keseluruhannya berjumlah RM 41,367.00.

Kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

ATM akan terus memperketatkan kawalan di persempadanan daratan dan perairan negara serta kerjasama erat bersama agensi penguatkuasa lain menerusi OP BENTENG disamping akan terus mengaturgerak anggota dan aset termasuklah pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak saki baki PATI di sekitar kawasan berkenaan.
Sumber daripada:

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia